ASSALAMUALAIKUM!!!! ADA ORANG TAK!!..
jeng..jeng...jeng!
apa itu Database Concept?.. Database Concept ialah konsep pangkalan data... apa pulak tu? haish.. macam gini.. konsep pangkalan data ni ialah sebuah konsep yang dimana macam mana konsep yang kita bina untuk buat sebuah pangkalan data tu sendiri.. faham tak?
sekarang ni fath nak share apa itu DATA, MAKLUMAT dan SISTEM MAKLUMAT.. ok.. apa pulak tu?.. fath singkat maksud ketiga-tiga yang kat atas tu tau..
DATA tu ialah fakta mentah mengenai sesuatu perkara dan belum diproses. Contohnya ialah kelas pangkalan data mempunyai 20 orang. Macam gitulah maksud yang fath boleh kongsikan..
MAKLUMAT pula ialah hasil daripada data yang telah diproses, disusun dan distruktur semula dan ia mempunyai makna dan berguna kepada pengguna. ok.. apa kebenda tu? mesti korang tak faham kan? macam gini.. contohnya... KV Shah Alam mempunyai empat kos yang berbeza..macam gitulah yang fath faham...

SISTEM MAKLUMAT pula ialah satu kombinasi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat dalam sesebuah organisasi. yang tu faham? mesti fahamkan?
ok seterusnya fath nak bagitau pasal apa itu PANGKALAN DATA dan SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA..
PANGKALAN DATA.. ok... pangkalan data ini ialah koleksi data yang berkaitan dihubungkan secara logikal dan dibangunkan untuk memenuhi keperluan maklumat organisasi.

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA pula ialah sistem perisian yang membolehkan pengguna menakrif, membina dan menyelenggara pangkalan data serta menyediakan kawalan capaian kepada pangkalan data...
itulah serba sedikit maklumat tentang database concept yang fath tahu.. jadi.. kalau ada masalah... jangan lupa tanya fath tau.. bye !