Assalamualaikum.. hai! apa khabar semua? hope semua sihat.. so this is my first time use this blog to make some subject to share with you guys...
Hari ini fath nak share pasal 'Pengenalan kepada SQL'. Apa itu SQL?
Structured Query Language atau bahasa singkatannya ialah (SQL) merupakan bahasa yang digunakan dalam proses meminta data dari pangkalan data daripada pangkalan data. Database Management System (DBMS) pula akan memproses permintaan SQL, mendapatkan data daripada pangkalan data dan memulangkannya semula.
Dah faham dah apa itu SQL?
SQL digunakan untuk mengawal semua fungsi yang disediakan oleh DBMS kepada pengguna, termasuklah :
- DATA DEFINITON
= SQL membenarkan pengguna menstrktur dan menyusun data yang disimpan serta melakukan hubungan antara item data yang disimpan.
- DATA RETRIEVAL
= SQL membenarkan pengguna atau program aplikasi mendapatkan data yang telah disimpan dalam pangkalan data.
-DATA MANIPULATION
= SQL membenarkan pengguna atau program aplikasi mengemaskini pangkalan data dengan membenarkan penambahan data baharu, memadamkan data yang sedia ada dan juga mengubahsuai data yang sedia ada.
-ACCESS CONTROL
= SQL digunakan untuk mengawal keupayaan pengguna untuk mendapatkan atau menambah dan mengemaskini data bagi melindungi keselamatan data yang telah disimpan daripada capaian yang tidak dibenarkan.
Itu ialah serba sedikit tentang Pengenalan SQL. Sekarang ni fath bagitahu kat korang pulak apa pula sejarah SQL ni. Sejarah? Ada sejarah jugak ke? ehh.. mestilah ada.. nak tahu apa dia?
SEJARAH SQL
1970 - Model hubungan yang dirangka oleh Codd telah ditekoka pada tahun 1970 an, kemudian produk hubungan pangkalan data yang komersial mula muncul dalam tahun 1980 an yang pada asalnya untuk sistem kerangka (Mainframe) dan kemudian untuk mikrokomputer. Edgar Codd merupakan orang pertama yang menulis tentang konsep hubungan pangkalan data dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "A relational model of data for large shared data banks" pada tahun 1970.
1979 - Oracle Corporation memperkenalkan RDBMS (Relational Database Management System) yang pertama secara komersial.
1982 - ANSI (American National Standards Institute) menubuhkan jawatankuasa standard SQL.
1983 - IBM (International Businees Machine) mengumumkan DB2 (pangkalan data).
1986 - ANSI meluluskan standard SQL1
1987 - ISO (International Organization of Standardlization) meluluskan standard SQL1.
1992 - ANSI meluluskan standard SQL2.
2000 - Microsoft Corporation memperkenalkan SQL Server 2000 iaitu aplikasi untuk tujuan perusahaan.
2002 - Penyelidikan daripada Gartner yang meletakkan IBM sebagai vendor pangkalan data no.1 mengatasi Oracle.
2004 - Standard SQL:2003 diterbitkan.
Itu sahaja sejarah SQL yang fath tahu. Lain masa fath share korang benda lain ok? Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment