Tuesday, 12 August 2014

Fungsi dalam SQL (SQL Function)

Assalamualaikum! Kita bertemu lagi yek? hehe.. so hari ni fath nak sambung share ilmu yang fath ada untuk korang..

so.. hari ni fath cerita pasal 'Fungsi dalam SQL'. Setiap perkara pasti ada fungsi masing-masing kan? so... SQL pun ada fungsi yang tersendiri.

SQL mempunyai banyak fungsi built-in untuk melaksanakan pengiraan pada data iaitu Aggregate Functions dan Scalar Functions. Penerangan di bawah akan membincangkan perbezaan antara 2 jenis fungsi tersebut.

SQL AGGREGATE FUNCTIONS
definisi - Memulangkan nilai tunggal, mengira nilai di dalam column.

Antara jenis-jenis SQL yang terdapat dalam SQL Aggregate Functions ialah :

1. AVG( ) - memulangkan nilai purata
2. COUNT ( ) - memulangkan bilangan dalam baris (row).
3. FIRST ( ) - memulangkan nilai pertama.
4. LAST ( ) - memulangkan nilai akhir.
5. MAX ( ) - memulangkan nilai terbesar.
6. MIN ( ) - memulangkan nilai paling kecil.
7. SUM ( ) - memulangkan hasil tambah.

SQL SCALAR FUNCTIONS 
definisi - memulangkan nilai tunggal, berdasarkan input nilai.

Antara jenis-jenis SQL yang terdapat dalam SQL Scalar Functions ialah :

1. UCASE ( ) - menukarkan medan kepada huruf besar.
2. LCASE ( ) - menukarkan medan kepada huruf kecil.
3. MID ( ) - ekstrak karakter daripada medan text.
4. LEN ( ) - memulangkan panjang medan text.
5. ROUND ( ) - membundar medan nombor kepada nombor desimal yang spesifik.
6. NOW ( ) - memulangkan sistem tarikh dan masa semasa.
7.FORMAT ( ) - memformat bagaimana sesuatu medan dipaparkan.

itu ialah serba sedikit yang fath tahu tentang fungsi SQL ni.. Hope ini dapat jadi panduan untuk korang yang belajar subjek ni. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment